Selasa, 25 Jun 2019

PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING SEKOLAH- SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


Pengetua / Guru Besar                                                                   
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah                  

Tuan,


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan CHORAL SPEAKING Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Daerah Perak Tengah bagi tahun 2019 akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

Tarikh             :  27  Jun 2019 (Khamis)      
                        Masa               :  11.00 pagi (Pendaftaran )Hakim 
                        Tempat           :  Dewan SMK Sultan Muhammad Shah

3.         Sehubungan dengan itu sekolah tuan dijemput hadir ke pertandingan  tersebut. Mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir bagi menjayakan program di atas. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
           
4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273.

Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian .

MUAT TURUN

SURAT PERTANDINGAN

LANTIKAN HAKIM

Tiada ulasan: